12 April 2014 ( Sabtu ) - Kem Bestari Solat untuk tahap satu siri kedua telah dijalankan pada hari ini bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12 tengah hari. Pengisian dalam kem kali ini ialah pengenalan tentang solat bagi tahun satu dan bacaan dalam solat untuk tahun 2 dan 3. Seramai 147 orang murid telah terlibat dalam kem pada hari ini yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Kem berakhir dengan praktikal solat secara berjemaah bertempat di Surau Raudhatul Jannah.
10 April 2014 ( Khamis ) - Kursus kepimpinan telah dijalankan pada hari ini bertempat di Surau SK Seri Bandi 2. Kursus ini bermula jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi ilmu kepimpinan kepada para pengawas sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan dalam kursus ini ialah sesi Ceramah dan Latihan dalam kumpulan ( LDK ).
15 Mac 2014 ( Sabtu ) - Kem Bestari Solat yang merupakan aktiviti wajib di bawah program jQAF untuk murid sekolah rendah telah dilaksanakan pada hari ini. Kem Bestari Solat untuk tahap satu siri yang pertama ini telah dijalankan pada hari ini bermula jam 8.00 pagi berakhir jam 1.45 petang. Pengisian dalam kem kali ini ialah pengenalan tentang solat bagi tahun satu dan bacaan dalam solat untuk tahun 2 dan 3. Seramai 147 orang murid telah terlibat dalam kem pada hari ini yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Kem berakhir dengan solat zohor secara berjemaah bertempat di Surau Raudhatul Jannah.
20 Feb 2014 ( Khamis )- Program solat hajat perdana untuk calon-calon peperiksaan UPSR 2014 telah diadakan pada hari ini bertempat di surau sekolah. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan ibubapa, calon UPSR dan juga guru-guru SK Seri Bandi 2. Program solat hajat ini bermula selepas solat maghrib dan berakhir selepas isyak telah dipimpin oleh Ustaz Anuar bin Jusoh, guru jQAF SK Seri Bandi 2.