12 April 2014 ( Sabtu ) - Kem Bestari Solat untuk tahap satu siri kedua telah dijalankan pada hari ini bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12 tengah hari. Pengisian dalam kem kali ini ialah pengenalan tentang solat bagi tahun satu dan bacaan dalam solat untuk tahun 2 dan 3. Seramai 147 orang murid telah terlibat dalam kem pada hari ini yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Kem berakhir dengan praktikal solat secara berjemaah bertempat di Surau Raudhatul Jannah.
10 April 2014 ( Khamis ) - Kursus kepimpinan telah dijalankan pada hari ini bertempat di Surau SK Seri Bandi 2. Kursus ini bermula jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi ilmu kepimpinan kepada para pengawas sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan dalam kursus ini ialah sesi Ceramah dan Latihan dalam kumpulan ( LDK ).