Thursday, 3 September 2015

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2015


3 SEPT 2015 - Sempena dengan peperiksaan UPSR 2015 yang akan menjelma tidak lama lagi, pihak sekolah telah mengadakan program Solat Hajat Perdana yang melibatkan murid tahun enam, ibubapa dan juga warga sekolah SK Seri Bandi 2. Program ini bermula dengan solat maghrib, solat hajat, bacaan Yaasin dan solat isyak. Program ini berlangsung di surau sekolah dan diimami oleh Ustaz Anuar Jusoh dan Ustaz Ahmad Anwar Ramli. Sambutan dari ibubapa amat menggalakkan dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang menjayakan program kali ini. 

Thursday, 25 June 2015

TADARUS AL QURAN SEMPENA RAMADHAN 2015


25 JUN - Tadarus Al Quran  merupakan aktiviti Ihya Ramadhan yang dijalankan setiap tahun bagi memenuhi masa yang terluang di bulan Ramadhan dengan aktiviti yang berfaedah. Murid-murid tahap dua SK Seri Bandi 2 telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dengan diketuai oleh dua orang guru untuk menjayakan aktiviti tadarus Al Quran. Aktiviti ini dijalankan pada waktu rehat sepanjang hari persekolahan di bulan Ramadhan.